Program Jelajah Majlis Amanah Rakyat (Mara) N42 Semop Di Kampung Semop
5 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 04 Februari 2018 yang lalu, Pusat Internet Semop telah dijemput untuk memeriahkan Program Jelajah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Semop. Oleh itu, Program ini telah dikendalikan oleh Pegawai MARA Sarikei, Encik Abdul Rahman B Ibrahim. Program ini merupakan anjuran bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) Sarikei, JKKK Kpg Semop, Persatuan Belia Badminton Semop, Badan Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop, SABERKAS Unit Semop dan Pusat Internet Semop sendiri. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Kampung Semop dan sekitarnya. Program ini telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.30 Petang. Program ini telah dihadiri oleh Ayahanda Haji Saili Bin Lamagat iaitu Ketua Kaum Kpg Semop, Ayahanda Jaafar Sidek Bin Abu Samah iaitu Kaunselor Kpg Semop dan Cik Rosita Binti Jahari iaitu Pengerusi KOSPEN & SABERKAS Unit Semop. Program ini merupakan julung kali diadakan di Kampung Semop yang melibatkan MARA.
Program Jelajah MARA N 42 Semop merupakan inisiatif Majlis Amanah Rakyat (MARA) Daerah Sarikei dengan kerjasama Saberkas Cawangan N42 Semop dalam membantu komuniti di Semop dan kawasan sekitar terutamanya dalam sektor Keusahawanan dan Pendidikan. Pelbagai maklumat dan penerangan mengenai peluang pinjaman serta geran dan tatacara untuk meningkatkan hasil peniagaan serta taklimat institusi pendidikan MARA turut dikongsikan kepada komuniti tempatan yang terlibat dalam program tersebut.
Dengan menggunakan kaedah mengunjungi terus ke kawasan komuniti , program tersebut juga bertujuan merapatkan jaringan antara agensi kerajaan dengan penduduk komuniti tempatan tanpa membebankan mereka untuk ke pejabat bagi mendapatkan info maklumat. Selain itu, Program Jelajah MARA secara khususnya untuk komuniti bumiputera ini dijadualkan bermula 11 Januari 2018 sehingga sepanjang tahun dan akan dilaksanakan di seluruh kawasan N42.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan Program Jelajah Mara N42 Semop. Selain itu, terima kasih kepada Penduduk Kampung yang menolong SABERKAS Unit Semop sepanjang tempoh program tersebut. Jasa anda semua amat kami kenang hingga ke akhir hayat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :